suria

Kotak Hitam Dalam Nahas Pesawat Sukhoi Dijumpai

JAKARTA: Pasukan khas Indonesia telah menjumpai kotak hitam yang merupakan perakam suara kokpit daripada jet penumpang Rusia yang terhempas berhampiran dengan gunung berapi sehingga mengorbankan 45 orang.

Ia merupakan rakaman juruterbang veteran pesawat berkenaan yang boleh membantu menjelaskan punca nahas.

Kotak hitam itu dijumpai dari dasar gaung sedalam 500 meter, yang terus terbakar, kata Tatang Kurniadi, yang mengetuai Suruhanjaya Kebangsaan bagi Suruhanjaya Keselamatan pada Rabu.

Beliau berkata, mengandungi perakam suara dan perakam data penerbangan, tetapi perantinya kekal hilang.

Superjet Sukhoi 100 merupakan model jet penumpang pertama Rusia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dua dekad lalu.

Ia melalui satu demonstrasi bagi menarik bakal pembeli namun terhempas ketika melalui Gunung Salak dan meletup seminggu lalu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain