Puluhan Lagi Maut Dalam Pertempuran Di Syria - Dunia | mStar

Puluhan Lagi Maut Dalam Pertempuran Di Syria

DAMSYIK: Tentera Syria mara ke kawasan yang dikuasai pemberontak dengan puluhan orang dilaporkan terbunuh di seluruh negara ketika Arab Saudi memberi amaran bahawa usaha damai Kofi Annan kelihatan akan aggal.

Sementara itu, Kesatuan Eropah mengenakan sekatan baru ke atas Damsyik manakala Russia menyatakan “amat jelas" al-Qaeda adalah dalang serangan bom berkembar di Damsyik minggu lalu yang membunuh 55 orang dan berikrar akan terus membekalkan senjata kepada rejim pemerintah.

Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan tiga kereta perisai tentera Syria musnah dalam pertempuran sebelum subuh di luar Rastan, bandar yang dikuasai pemberontak di wilayah Homs di tengah Syria. "Sekurang-kurangnya 23 askar terbunuh dalam pertempuran itu," menurutnya.

Pasukan tentera Syria melancarkan serangan ke atas Rastan hujung minggu lalu dan menghadapi tentangan sengit daripada pemberontak yang mahu menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Badan pemantau itu juga melaporkan pertempuran turut meletus di tempat lain dan meragut 37 nyawa.

Pertumpahan darah berterusan walaupun gencatan senjata berusia sebulan yang dirundingkan wakil PBB-Liga Arab, Annan, sebagai pelan damai bagi menamatkan keganasan di Syria.

Di Riyadh, Menteri Luar Arab Saudi memberi amaran keyakinan terhadap usaha damai itu semakin hilang berikutan pertumpahan darah yang berterusan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Soyuz TMA-04M Dilancar Ke Angkasa Lepas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain