suria

Kumpulan Pertama Rakyat Sudan Selatan Dipindahkan

JUBA: Kumpulan pertama daripada 15,000 rakyat Sudan Selatan akan dihantar kembali ke tanah air mereka melalui udara selepas diarahkan untuk meninggalkan Sudan baru-baru ini.

Kapal pertama yang disewa oleh Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) berjaya mendarat di Juba dengan membawa 164 orang .

Mereka adalah antara kumpulan 12,000 hingga 15,000 penduduk Sudan Selatan yang sedang menunggu untuk meninggalkan pusat perpindahan Kosti yang padat di selatan Khartoum. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain