suria

Tujuh Maut Hotel Terbakar Di Fukuyama

TOKYO: Tujuh terkorban susulan kebakaran yang meranapkan sebuah hotel di Jepun pagi Ahad, kata pihak polis dan jabatan bomba tempatan.

“Tujuh orang, tiga lelaki dan empat wanita terbunuh setakat ini," kata seorang pegawai polis tempatan.

Pegawai jabatan bomba berkata, tujuh yang terbunuh adalah antara 10 orang awam yang dikejarkan ke hospital selepas kebakaran itu.

Kebakaran berlaku di sebuah hotel di Fukuyama, kira-kira 600 kilometer barat Tokyo di wilayah Hiroshima.

Sementara itu, tiga termasuk pekerja hotel cedera parah, lapor akhbar Jiji Press.

Pihak polis berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain