suria

Skandal Seks Ejen Rahsia AS: Pelacur Colombia Disoal Siasat

WASHINGTON: Penyiasat Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyoal siasat pelacur Colombia dalam isu skandel seks melibatkan ejen rahsia AS sehingga memalukan pentabiran presiden negara itu, Barack Obama.

Jurucakap agensi, Edwin Donovan berkata, Dania London Suarez dengan sukarela berjumpa dengan penyiasat di Keduataan AS di Marid.

Beliau berkata, siasatan terhadap ejen rahsia hampir selesai.

Lebih 200 individu di mana kebanyakannya adalah wanita yang terlibat dalam isu berkenaan telah disoal disiasat oleh AS dan Colombia.

Londono mencetuskan misteri apabila hilang beberapa hari selepas insiden tersebut sehingga tidak dapat dihubungi oleh penyiasat.

Dalam satu temuramah dengan radio dan televisyen dari Madrid pada 4 Mei, Londono berkata, dia bekerja sebagai pelacur di Colombia, dengan mensasarkan pelanggan warga asing.

Dia berkata, selepas meninggalkan Colombia, dia menghabiskan banyak masa di Dubai sebelum ke Madrid.

Londono berkata, dia berjumpa dengan seorang ejen rahsia yang mabuk di sebuah kelab di Cartagena, Colombia pada bulan lepas dan mengikut lelaki itu ke hotel selepas berparti malam itu.

“Saya memberitahu dia ia (caj) adalah AS$800 dan dia kata boleh dan tiada masalah,” kata Londono dalam bahasa Sepanyol.

Bagaimanapun, keesokan harinya, pegawai terbabit enggan untuk membayar jumlah itu dan hanya menawarkan AS$30 untuk tambang teksi.

Londono berkata, dia berasa terhina dan cuba untuk mendapatkan bayaran selama beberapa jam, malah meminta bantuan pegawai polis tempatan di hotel.

Dia berkata, pertelingkahan itu berakhir apabila ejen rahsia yang lain di Hotel Caribe membayar kira-kira AS$250.

Ejen-ejen rahsia berada di Colombia ketika itu berikutan ketibaan Obama untuk kemuncak Amerika Selatan.

Aktiviti pelacuran adalah sah di Colombia. - AP

Artikel Lain