suria

Pesawat Kargo Alami Masalah Ketika Mendarat, Lapangan Terbang Guatemala Ditutup

GUATEMALA CITY: Pejabat Penerbangan Awam Guatemala memaklumkan bahawa lapangan terbang antaranbangsanya telah ditutup sementara waktu ekoran sebuah pesawat kargo mengalami masalah ketika mendarat apabila roda pesawat berkenaan terkeluar daripada landasan.

Bagaimanapun tidak kecederaan dilaporkan setakat ini.

Jurucakap Jabatan Penerbangan Awam,, Oddra Lacs berkata penutupan hanyalah bersifat sementara dan ia akan dibuka semula sebaik sahaja pesawat kargi Covair dialihkan.

Lacs berkata pesawat berkenaan berhenti kira-kira 100 meter daripada tempat simpanan kargo pesawat pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kemalangan tersebut dan landasan di lapangan tersebut tidak mengalami kerosakan yang serius. -AP

Artikel Lain