suria

Polis Filipina Henti Pembakaran Bendera China

MANILA: Polis Filipina menghentikan tindakan seorang aktivis daripada membakar sebuah bendera China dalam satu protes di luar pejabat konsulat China ekoran pertikaian terhadap Laut China Selatan.

Kerajaan Filipina tidak campur dalam protes itu yang diadakan di Manila pada Jumaat tetapi jurucakap presiden, Abigail Valte berkata, kebebasan bersuara termaktub dalam perlembagaan.

Ketegangan semakin menjadi-jadi sejak kedua-dua negara diarahkan untuk menuntut kedaulatan ke atas kawasan kecil yang tidak berpenghuni.

Kedutaan China memberi amaran kepada rakyatnya di Filipina yang mengadakan bantahan itu.

Penganjur daripada kumpulan sivik juga berkata, mereka akan berkumpul dalam misi itu di luar perwakilan di New York, Singapura dan Rom.

Beratus-ratus penunjuk perasaan dijangka berhimpun di Manila namun tiada sebarang tangkapan. - AP

Artikel Lain