suria

Juruterbang Mogok, Kerajaan Patut Campur Tangan Dengan Keputusan Tegas

NEW DELHI: Sektor penerbangan India mungkin terjejas teruk sekiranya kerajaan tidak campur tangan dengan satu keputusan yang tegas bagi menangani keadaan.

Ia bertambah teruk apabila para juruterbang Kingfisher Airlines pula turut menyertai rakan mereka dari Air India untuk cuti sakit.

"Juruterbang mogok dan pembatalan seterusnya penerbangan tidak boleh diterima, terutamanya untuk para pengembara perniagaan," kata Abdul Salahudeen, 43-tahun yang kerap "terbang" untuk urusan perniagaan.

Memandangkan Air India ialah syarikat penerbangan utama, kerajaan seharusnya campur tangan dan mengambil keputusan tegas sebelum segalanya hilang kawalan, kata beliau kepada Bernama ketia ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi.

"Walaupun saya seorang yang kerap menggembara, ini adalah kali pertama saya menggunakan Air India. Berita mengenai juruterbang mogok dan pembatalan penerbangan adalah sesuatu yang memeranjatkan dan saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

"Saya pilih Air India kerana pemasaannya. Berita itu amat mengganggu kerana saya tiba hari ini dan akan berangkat esok untuk menghadiri mesyuarat penting pada hari Sabtu. Saya harap penerbangan pulang saya tidak akan terganggu," kata Salahudeen, warga Singapura.

Bagaimanapun, Gaurav Ganguly, 25, berkata mogok itu tidak akan menjejaskan pengembara selagi syarikat penerbangan membuat pengaturan yang sewajarnya untuk para penumpang yang terjejas.

"Saya akan terbang ke Oman hari ini. Saya gunakan Air India tetapi penerbangan saya tidak terjejas," kata beliau sambil menambah yang syarikat penerbangan patut bertanggungjawab dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan para penumpang dimaklumkan terhadap apa-apa perubahan.

"Syarikat penerbangan patut berikan maklumat yang mencukupi kepada penumpang dan jangan biarkan penumpang hanya tahu mengenai pembatalan hanya apabila mereka sudah berada di lapangan terbang," kata Ganguly yang bekerja di Oman.

Malah, beberapa penumpang yang terkandas dan marah telah dihalang daripada bercakap kepada pemberita oleh para pegawai Air India.

Times of India melaporkan yang Air India International mempunyai 800 juruterbang dan 450 dan 500 daripada mereka ialah ahli kepada Indian Pilots' Guild (IPG).

Kira-kira 300-350 ahli IPG telah dilaporkan sakit sejak malam Isnin.

Jumlah pembatalan penerbangan telah meningkat dengan ketara pada hari Khamis dan kebimbangan para penumpang kian memuncak, kata akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Selain daripada itu, para pekerja lain Air India bimbang yang situasi ini akan menjejaskan peluang mereka mendapatkan suntikan Rs30,000 crore (US$5 bilion) yang amat diperlukan bagi meneruskan daya langsung syarikat penerbangan berkenaan.

Dilaporkan juga sebahagian besar juruterbang Kingfisher Airlines, yang kebanyakannya berpangkalan di Delhi, enggan untuk memulakan penerbangan.

Dipercayai yang Kingfisher berhutang gaji dengan juruterbang sejak Januari sementara Air India berhutang gaji dengan para pekerjanya Rs124 crores (US$23.5 juta).

Artikel Lain