suria

Sarkozy Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Buat Kali Terakhir Sebagai Presiden Perancis

PARIS: Presiden Perancis yang tewas, Nicolas Sarkozy mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang terakhir pada pagi Rabu.

Pada masa yang sama, penganti beliau, Francois Hollande telah menghabiskan sepanjang pagi Rabu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan para pemimpin Sosialis utama Perancis sebagai persiapan pilihan raya parlimen pula bulan depan.

Hollande juga turut mengadakan perbincangan dengan orang kanan beliau berhubung pembentukan kabinet dan kerajaan baru serta persiapan lawatan rasmi yang pertama selaku presiden ke Berlin.

Cancelor Jerman, Angela Merkel dikenali sebagai seorang penyokong kuat Sarkozy.

Hollande yang menewaskan Sarkozy Ahad lalu secara rasminya akan menyandang jawatan presiden pada Selasa depan (15 Mei).

Beliau berazam untuk memastikan kemenangan puak sosialis dalam dua pusingan pilihan raya parlimen yang akan berlangsung pada 10 dan 17 Jun depan.

Sarkozy telah pun memberi bayangan yang beliau ingin bersara dari kehidupan politik dan tempatnya sebagai pemimpin parti berhaluan kanan Perancis akan diambil alih oleh perdana menteri di bawah pemerintahannya iaitu Francois Fillon.

Penasihat Komunikasi Presiden, Franck Louvrier berkata, Sarkozy berhasrat untuk kembali sebagai peguam bersama firma yang pernah diasaskannya di sini. Beliau masih lagi memegang saham di dalam firma guaman tersebut.

Artikel Lain