suria

Perancis Unjur Pertumbuhan Sifar Suku Kedua – Bank Pusat

PARIS: Bank Negara Perancis pada Khamis mengunjurkan pertumbuhan sifar dalam ekonomi negara itu bagi suku kedua tahun 2012.

Bank pusat dalam satu kenyataannya berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perlu mengekalkan kestabilan pada suku kedua berbanding suku pertama, yang turut menyaksikan pertumbuhan sifar.

Ekonomi Perancis berkembang hanya 1.7 peratus pada tahun lalu dan pertumbuhan begitu perlahan iaitu hanya 0.2 peratus bagi suku sebelum ini.

Kerajaan diarah untuk mengurangkan separuh daripada jangkaan pertumbuhannya bagi 2012 daripada 1.0 peratus kepada 0.5 peratus, manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan masih terdapat peluang pertumbuhan daripada 0.2 peratus kepada 0.5 peratus. - AFP

Artikel Lain