suria

Palang Merah Gantung Operasi Di Dua Bandar Pakistan

ISLAMABAD: Palang Merah berkata, organisasi itu telah menggantungkan operasinya di dua bandar terbesar di Pakistan berikutan kematian seorang jururawat British yang berkhidmat dengan kumpulan tersebut di negara itu.

Mayat Khalil Rasjed Dale, 60, telah dibuang berhampiran bandar Quetta pada 29 April.

Dia diculik di bandar itu pada Januari lalu.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam satu kenyataannya pada Khamis berkata, pihaknya menggantungkan aktiviti kemanusiaan di bandar Peshawar dan Karachi.

Organisasi telah pun menghentikan operasinya di Quetta dan sekitar wilayah Baluchistan.

ICRC melakukan khidmat kemanusiaannya di Pakistan sejak tahun 1947. - AP

Artikel Lain