suria

Sorok 205 Gram Dadah Dalam Perut

JAKARTA: Seorang lelaki warga Belanda berkemungkinan dikenakan hukuman mati selepas ditahan pihak berkuasa Jakarta kerana cuba menyeludup kokain ke negara itu.

Lelaki berkenaan ditahan selepas polis mengesan dia menyembunyikannya dadah tersebut di dalam perutnya, semalam.

Menurut polis, lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

"Hasil siasatan, polis menemui 205 gram kokain yang dianggarkan bernilai lebih AS$100,000 (RM310,00) di dalam perut lelaki itu," kata jurucakap polis. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain