suria

Pemilik Costa Concordia Bayar Pampasan Dua Juta Euro

PARIS: Pemilik kapal persiaran Costa Concordia yang terkandas di luar barat laut perairan Itali Januari lalu membayar pampasan lebih dua juta euro kepada mangsa warga Perancis yang terselamat dalam nahas itu, kata peguam mereka pada Rabu.

Costa Crociere, yang dimiliki syarikat gergasi Amerika Syarikat, Carnival Corporation, membayar 9,000 euro (RM35,841) kepada setiap seorang membabitkan 235 mangsa yang terselamat, kata peguam Bernard Courtois. Seramai 32 orang terbunuh apabila Costa Concordia terbalik pada 13 Januari lalu ketika membawa 3,200 penumpang.

Daripada jumlah itu, 456 adalah warga Perancis dan 180 daripada mereka menerima bayaran 11,000 euro (RM43,806) setiap seorang daripada syarikat sebagai pertukaran untuk menggugurkan sebarang tindakan undang-undang; kira-kira 20 mangsa pula memfailkan saman secara bersama manakala 20 lagi mengambil tindakan mahkamah secara individu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain