suria

Pasar Raya Terbakar, 11 Terbunuh

BUTUAN (Filipina): Sekurang-kurangnya 11 pekerja wanita yang sedang tidur dalam sebuah pasar raya di sini terbunuh apabila bangunan itu terbakar awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa tempatan.

Seramai 21 pekerja wanita terperangkap dalam kebakaran itu, dengan tujuh masih hilang manakala tiga lagi hidup selepas menyelamatkan diri dengan melompat dari tingkap tingkat dua, kata Ketua Jabatan Bomba wilayah, Cif Inspektor Mario Palarca.

"Dua puluh satu orang sedang tidur di tingkat dua apabila kebakaran bermula di tingkat bawah. Mereka tidak dapat mencari pintu kecemasan kerana bangunan berkenaan dipenuhi asap tebal," katanya.

Kebakaran itu berlaku di sebuah gedung di Butuan, bandar kecil di selatan Pulau Mindanao. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain