suria

Mahkamah Israel Tolak Rayuan 2 Tahanan Mogok Lapar

BAITULMAQDIS: Mahkamah Agong Israel menolak rayuan dua rakyat Palestin, Bilal Diab dan Thaer Halahla yang sebelum ini melancarkan mogok lapar selama 69 hari.

Mogok tersebut diadakan sebagai protes penahanan tanpa pendakwaan yang dikenakan terhadap mereka.

Peguam kedua-dua tahanan itu, Jamil Khatib berkata, anak-anak guamnya membuat rayuan untuk menamatkan perintah tahanan di Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas, namun rayuan tersebut ditolak.

Sebagai respon terhadap keputusan mahkamah itu, Diab dan Halahla menyatakan akan meneruskan mogok sehingga penahanan mereka ditamatkan. AFP

Artikel Sebelum

Suu Kyi Peroleh Pasport

Artikel Berikut

Artikel Lain