suria

Lebih 100 Juruterbang Air India Lancar Mogok

NEW DELHI: Lebih 100 juruterbang Air India melancarkan mogok sejak tengah malam semalam, yang telah menjejaskan perkhidmatan beberapa penerbangan antarabangsa syarikat itu dan jumlah juruterbang yang mogok mungkin meningkat kepada 250.

Mogok itu mungkin akan melumpuhkan operasi antarabangsa Air India menjelang kemuncak percutian musim panas yang bermula hujung minggu ini, menurut laporan The Economic Times.

Syarikat penerbangan itu membatalkan penerbangan malam Isnin-pagi Selasa bagi penerbangan Mumbai-Newark, Delhi-Toronto dan Delhi-Chicago. Antara penerbangan jarak jauh, hanya penerbangan Delhi-New York dijadual beroperasi awal pagi Selasa.

Kementerian berkenaan, membuat pendirian tegas dengan memberi amaran akan menghentikan penerbangan antarabangsa syarikat penerbangan itu jika mogok itu diteruskan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap juruterbang berkenaan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan mogok itu dilancarkan beberapa minit selepas perbincangan antara mereka dengan pengurusan syarikat dan kementerian penerbangan berhubung isu latihan bagi Boeing-787 Dreamliner, menemui kegagalan.

Air India berhutang dengan pekerjanya US$23.5 juta bagi tunggakan gaji.

Artikel Sebelum

Suu Kyi Peroleh Pasport

Artikel Berikut

Artikel Lain