suria

Putin Kembali Ke Kremlin Walaupun Bantahan Berterusan

Polis Rusia menahan penunjuk perasaan yang membantah pelantikan Putin sebagai presiden negara itu buat penggal ketiga.
Polis Rusia menahan penunjuk perasaan yang membantah pelantikan Putin sebagai presiden negara itu buat penggal ketiga.
Polis Rusia menahan penunjuk perasaan yang membantah pelantikan Putin sebagai presiden negara itu buat penggal ketiga.

MOSCOW: Vladimir Putin memulakan tugas sebagai Presiden Rusia buat penggal ketiga biarpun berdepan cabaran masyarakat yang membantah pemerintahannya selama 12 tahun.

Putin mengambilalih tugas Dmitry Medvedev sebagai presiden selepas empat tahun tidak berada di Kremlin pada majlis besar-besaran bertujuan mengingatkan masyarakat dunia terhadap status selepas era Soviet Rusia sebagai kuasa besar.

Medvedev memegang jawatan presiden sejak 2008 sambil Putin dilarang daripada memegang jawatan lebih daripada dua penggal.

Beliau kemudiannya menjadi ketua negara pada 2000 berikutan peletakan jawatan Boris Yeltsin.

Sementara itu, polis anti rusuhan Rusia dilaporkan bertempur dengan ribuan perusuh dalam satu demonstrasi di ibu negara itu, Ahad.

Pertempuran tersebut tercetus ketika tunjuk perasaan yang diadakan menjelang pelantikan Putin sebagai Presiden buat penggal ketiga.

Seramai lebih 250 perusuh termasuk tiga pemimpin pembangkang telah ditahan dalam pertempuran tersebut.

Pihak polis mendakwa ketiga-tiga pemimpin pembangkang berkenaan ditahan kerana dipercayai menjadi dalang yang mencetuskan keganasan ketika tunjuk perasaan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain