suria

Perdana Menteri Israel Dijangka Umum Pilihan Raya Lebih Awal

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijangka akan mengumumkan pilihan raya lebih awal, yang diadakan kurang empat bulan daripada sekarang, dilihat sebagai satu langkah baginya untuk referendum ke atas kepimpinan beliau yang menangkis kritikan Israel dan antarabangsa.

Tempoh kerajaan adalah sehingga Oktober 2013. Bagaimanapun, rakan seperjuangannya mencabar pemimpin Israel itu terhadap pelbagai isu domestik.

Beliau juga mungkin takut apabila selepas pilihan Amerika Syarikat (AS) pada November, tekanan domestik akan diburukkan lagi oleh tekanan dari Washington untuk mempertahankan diri daripada menyerang Iran atau berdamai dengan Palestin.

Kajian mengatakan pilihan raya semula untuk beliau mempunyai peluang yang baik.

Pegawai dari parti beliau iaitu Parti Likud berkata, Netanyahu akan mengumumkan mengenai perkara itu pada Ahad malam di mana pilihan raya mungkin diadakan pada 4 September. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain