suria

Kebakaran Bar Karaoke Di Korea Selatan, Sembilan Terbunuh

SEOUL: Kebakaran yang berlaku di sebuah bar karaoke di Korea Selatan telah mengorbankan sembilan orang.

Polis pada Ahad berkata, semua mangsa sedang minum dan menyanyi di ruang istirehat karaoke di bandar Busan ketika kejadian berlaku pada malam Sabtu.

Polis Busan berkata, mangsa dipercayai terdiri daripada tiga warga Sri Lanka dan enam lagi warga tempatan yang mati kerana sesak nafas.

Polis berkata, 25 orang lagi cedera dan salah seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain