suria

Belon Gas Meletup, 144 Cedera, Melecur

YEREVAN: Lebih 140 orang awam cedera lewat malam Jumaat apabila belon berisi gas meletup ketika konsert kempen pilihan raya di ibu negara Armenia, menjelang pilihan raya parlimen pada Ahad ini, kata pegawai tempatan.

Kementerian Kecemasan berkata, 144 orang cedera dan melecur apabila belon gas itu meletup dan terbakar di konsert yang dianjurkan Presiden Serzh Sarkisian dari Parti Republik di Dataran Republik, Yerevan.

Laman sesawang Armenia menunjukkan, api yang marak menjulang ke udara manakala orang ramai bertempiaran lari serta menjerit ketakutan.

"Belon meletup dan terbakar selepas orang ramai yang memegang sejambak belon melepaskannya ke udara," kata seorang saksi. AFP

Artikel Lain