suria

Qantas Tangguh Penghantaran A380 Untuk Kurangkan Perbelanjaan

MELBOURNE: Qantas akan mengurangkan perbelanjaan sebanyak A$400 juta lagi dalam tahun kewangannya yang akan datang dengan menangguhkan penghantaran dua pesawat baharu A380.

Satu semakan mengenai operasi penyenggaraan syarikat penerbangan telahpun dimuktamadkan, tetapi keputusan tidak akan diumumkan sehingga pertengahan Mei, kata Qantas dalam satu kenyataan hari ini.

Qantas dijangka menerima dua superjumbo A380 baharu pada awal 2013, tetapi hanya akan menerima penghantaran pesawat itu pada tahun kewangan 2016/17.

Enam lagi A380 akan dihantar kepada Qantas mulai 2018/19.

Perubahan ini akan mengurangkan perbelanjaan modal Qantas sebanyak A$400 juta dalam tahun 2012/13 kepada A$1.9 bilion.

Pengurangan perbelanjaan ini adalah ekoran pengumuman baru-baru ini berhubung pemotongan A$500 juta yang termasuklah pengurangan kakitangan katering, krew kabin, juruterbang, kejuruteraan dan operasi daratnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain