suria

Pengeboman Berani Mati Di Pakistan, 20 Terbunuh

KHAR, (Pakistan): Satu pengeboman berani mati Taliban di pasar Pakistan berhampiran sempadan Afghanistan pada Jumaat telah menyebabkan seramai 20 orang terbunuh, kata seorang pegawai, sehari selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan surat yang dirampas daripada Osama bin Laden yang mengkritik militan Pakistan kerana membunuh terlalu ramai orang awam.

Seorang pentadbir kerajaan, Abdul Haseeb berkata, lima daripada mereka yang terbunuh di kawasan suku kaum Bajur di mana menempatkan anggota pasukan keselamatan tempatan, termasuk seorang yang menerima anugerah keberanian dalam memerangi militan Islam, dan yang lain adalah mereka yang melalui kawasan berkenaan.

Lebih 40 orang cedera, kebanyakannya adalah orang awam.

Haseeb berkata, pengebom berani mati itu dipercayai berusia antara 15 dan 16 tahun, meletupkan bahan letupan ketika melalui pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran dengan pasar di bandar Khar.

Serangan tersebut memusnahkan banyak kedai dan anggota penyelamat sedang mengesan sekiranya terdapat mangsa yang terperangkat di lokasi kejadian. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain