suria

Pakistan Terus Dibedil, 6 terkorban

MIRANSHAH (Pakistan): Sekurang-kurangnya enam anggota pemisah terbunuh apabila jet pejuang Amerika Syarikat (AS) bertindak menyerang daerah bergolak di sepanjang sempadan Afghanistan, kata pegawai tempatan.

Pegawai keselamatan Pakistan berkata, AS menyasarkan dua peluru berpandu dan memusnahkan kawasan Shawal, kira-kira 70 kilometer di barat Miranshah, bandar utama di wilayah utara jajahan Waziristan di sepanjang sempadan Afghanistan.

"Jet pejuang AS melepaskan dua peluru berpandu di pekarangan wilayah berkenaan. Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh.

"Dilaporkan, angka kematian mungkin meningkat," kata pegawai keselamatan Peshawar. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain