suria

Kedutaan Arab Saudi Beroperasi Semula Di Mesir

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud mengeluarkan arahan agar kedutaan negara ini di Mesir dibuka semula selepas ditutup minggu lalu.

Penutupan tersebut dibuat selepas penduduk Kaherah melakukan tunjuk perasaan sebagai protes terhadap penahanan peguam warga Mesir di Arab Saudi.

Raja Abdullah mengeluarkan arahan tersebut selepas Arab Saudi menerima kunjungan delegasi Mesir bagi membincangkan pergolakan yang berlaku antara Kaherah dan Riyadh. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain