suria

Serangan Bom Pakistan Ragut Lima Nyawa

KHAR (Pakistan): Dua serangan bom di Pakistan meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, demikian menurut pihak berkuasa negara itu.

Pihak berkuasa kerajaan tempatan, Tariq Khan, berkata serangan pertama pada jam 8.30 pagi di perkampungan Chamarkand, 45 kilometer barat laut Khar, iaitu bandar utama daerah Bajaur meragut nyawa dua pemimpin puak kawasan itu yang difahamkan penyokong kerajaan.

Letupan bom kedua, katanya berlaku 10 minit kemudian selepas pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian dalam operasi mencari dalang serangan itu.

“Dua anggota separa tentera dan seorang anggota polis terbunuh dalam letupan bom kedua,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain