suria

Samsung Perkenal Telefon Pintar Terkini Di London

LONDON: Samsung Electronics Korea Selatan pada Khamis mengumumkan pengeluaran telefon pintar perdana terkini pada majlis pelancaran di London bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pembuat telefon mudah alih paling laris di dunia.

S3 Galaxy menawarkan skrin 4.8 inci (12.2cm), 22 peratus lebih besar daripada Galaxy S2, produk terdahulu yang sangat popular dan membantu membaik pulih syarikat mengenepikan Nokia sebagai peneraju dunia.

Walaupun skrinnya lebih besar, telefon berukuran tidak lebih daripada sebelumnya kerana rangkanya yang kecil.

Perkembangan baru yang lain termasuklah "ciri-ciri kamera pintar" yang menggunakan teknologi pengecaman muka; dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan.

Pemproses yang lebih baik juga membolehkan pengguna menonton video dan menulis mesej pada masa yang sama.

"Dengan Galaxy 3, Samsung telah memaksimakan manfaat kepada pengguna dengan menyepadukan perkakasan unggul serta meningkatkan kebolehgunaan telefon pintar," kata Presiden dan Ketua Bahagian Komunikasi IT & Telefon Bimbit di Samsung, JK Shin, .

"Apa yang membuatkan saya paling bangga ia memberikan satu pengalaman telefon mudah alih yang paling lancar, semula jadi dengan manusia, membuka peluang baru yang memberikan kehidupan luar biasa," katanya.

Model baru ini juga menggunakan sistem operasi Android, dan prestasinya di pasaran dilihat sebagai penting dalam kejayaan sistem berasaskan Linux.

"Kepentingan S3 Galaxy Samsung tidak boleh dipandang ringan," kata penganalisis kepada BBC.

"Syarikat itu telah membina reputasi dalam menghasilkan telefon pintar Android 'mesti milik'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain