Empat Ketua Kampung Mati Ditembak Di Pattani - Dunia | mStar

Empat Ketua Kampung Mati Ditembak Di Pattani

BANGKOK: Empat ketua kampung ditembak mati pada jarak dekat di Pattani, pada Khamis.

Ketua Polis Saiburi Kol Aziz Umayi berkata mereka yang menaiki sebuah kereta itu diserang lelaki bersenjata menaiki pikap di Kampung Banggul, Mulong, Pattani, pada 1 tengah hari.

Keempat-empat mereka yang berumur antara 47 dan 56 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita dari Thungka, Saiburi, Pattani dan mereka baru sahaja pulang dari perjumpaan bulanan ketua-ketua kampung Saiburi di Pejabat Daerah Saiburi apabila serangan itu berlaku.

Lelaki bersenjata juga merampas dua pucuk pistol dan wang tunai 290,000 Baht (RM29,000) daripada mangsa dan polis percaya serangan itu dilakukan oleh puak pemisah.

Lebih daripada 5,000 orang terkorban sejak kumpulan pemisah melancarkan kempen bersenjata bagi memperjuangkan kemerdekaan tiga wilayah selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala sejak lapan tahun lalu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kadar Pengangguran AS Menurun 8.1%

Artikel Berkaitan