suria

Dalang 11 September Akan Hadapi Pertuduhan

WASHINGTON: Dalang yang mengaku melakukan serangan pada 11 September dan empat tertuduh akan tetap berada di Teluk Guantanamo secara rasmi pada sabtu, langkah terakhir sebelum perbicaraan yang lama ditunggu-tunggu selepas undang-undang yang lama tertangguh.

Terdahulu, komisioner tentera, Khalid Sheikh Mohammed dan empat yang lain didakwa kerana merancang dan melakukan serangan pada 11 September 2001 yang telah menyebabkan 2,976 orang mati di New York, Washington dan Shanksville, Pennsylvania.

Ia menandakan peringkat yang lebih tegas selepas satu dekad serangan paling dahsyat berlaku di Amerika Syarikat (AS) dalam sejarah moden.

Ia juga berlaku pada minggu yang sama selepas setahun Presiden Barack Obama mengarahkan serbuan terhadap dalang di sebalik semua - Osama bin Laden kepada Tentera Laut AS.

Mohammed, yang dikenali sebagai KSM, menghadapi hukuman mati terhadap jenayah itu, bersama-sama dengan Ramzi Binalshibh dari Yaman, anak saudara KSM dari Pakistan Ali Abd al-Aziz Ali - dikenali juga sebagai Ammar al-Baluchi, Walid bin Attash dan Mustapha al-Hawsawi dari Arab Saudi .

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain