suria

Nahas Bas Penumpang: 15 Maut, 21 Lagi Cedera

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 21 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan utara Pakistan pada Khamis.

Bas yang dalam perjalanan dari bandar Rawalpindi, berhampiran Islamabad, menuju ke bandar utara Skardu itu, datang dari arah daerah Kohistan, 210 kilometer timur laut Peshawar.

"Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk dua wanita dan tiga kanak-kanak, terbunuh manakala 21 yang lain cedera apabila bas penumpang jatuh ke dalam gaung," kata pentadbir wilayah Hazara, Khalid Khan Umarzai.

Nahas itu dipercayai berpunca akibat pemandu bas yang hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam, kata Umarzai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain