suria

Suu Kyi angkat sumpah ahli Parlimen Myanmar

NAYPYITAW (Myanmar): Pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi pada Rabu mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Myanmar.

Buat pertama kali pemenang Hadiah Nobel keamanan berusia 66 tahun itu memegang jawatan secara rasmi di dalam pentadbiran negara berkenaan.

Penyertaan Suu Kyi di Parlimen turut menandakan ia sebagai satu peristiwa bersejarah dalam era politik baru membabitkan negara Asia Tenggara. AP