suria

Singapura Keluarkan Kod Tadbir Urus Korporat Yang Telah Disemak Semula

SINGAPURA: Lembaga Monetari Singapura (MAS) telah menerima cadangan yang dibuat oleh Majlis Tadbir Urus Korporat mengenai kod tadbir urus korporat dan mengeluarkan Kod Tadbir Urus Korporat yang telah disemak semula.

Kod yang telah disemak semula itu akan berkuat kuasa selaras dengan laporan tahunan berkaitan tahun-tahun kewangan, bermula 1 November, 2012.

Perubahan utama kepada kod itu difokuskan antaranya kepada bidang-bidang pengarah bebas, komposisi lembaga, latihan pengarah, pengarah pelbagai, pengarah berganti, pengurusan risiko serta hak dan peranan pemegang saham.

MAS bagaimanapun akan membuat dua pengubahsuaian kepada kebebasan daripada pemegang saham.

Teo Swee Lian, Timbalan Pengarah Urusan Penyeliaan Kewangan di MAS, berkata: "MAS ingin mengucapkan terima kasih kepada Alan Chan, pengerusi Majlis dan semua ahli majlis atas usaha ini termasuk memberi perhatian kepada semua input dan maklum balas yang diterima sebagai sebahagian daripada semakan". -BERNAMA

Artikel Lain