suria

Saham Facebook Didagangkan 18 Mei

SAN FRANCISCO: Penyenaraian Facebook Inc di Wall Street akan bermula pada 18 Mei ini.

Saham syarikat itu akan didagangkan pada tarikh sama, demikian menurut laporan yang diterbitkan di Amerika Syarikat, pada Rabu.

Proses penyenaraian Facebook bermula dengan beberapa siri pertemuan pada Isnin depan membabitkan pelabur yang berminat.

Difahamkan pengasas dan ketua eksekutif syarikat laman rangkaian sosial berkenaan, Mark Zuckerberg turut terbabit dengan program yang bakal dilaksanakan itu.

Syarikat yang berpangkalan di Taman Teknologi Menlo, California itu merancang untuk menjana kira-kira AS$5 bilion ketika tawaran itu dibuka, seterusnya menjadikan nilai syarikat terbabit kepada AS$100 bilion. REUTERS

Artikel Lain