suria

Tragedi Feri Karam: 105 Maut, 100 Lagi Masih Hilang

GUWAHATI: Sebuah feri yang membawa penumpang berlebihan patah dua sebelum karam di utara India ketika hujan ribut pada Isnin dengan sekurang-kurangnya 105 maut manakala lebih 100 lagi dilaporkan masih hilang.

Anggota penyelamat ketika ini dilaporkan masih bertungkus-lumus untuk mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Brahmaputra di negeri Assam.

Ketika kejadian feri terbabit membawa 350 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Polis berkata, setakat ini 150 sudah diselamatkan atau berenang ke tebing apabila hujan dan ribut petir melanda negeri itu.

Jumlah kematian akibat kejadian itu boleh dianggap korban terburuk membabitkan feri karam di Asia Selatan dengan kebanyakan kejadian berpunca daripada muatan berlebihan serta tidak memenuhi aspek keselamatan.

“Kapal tersebut terkena petir menyebabkan ia patah dua sebelum karam," kata ketua polis Assam, J.N. Choudhury.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain