suria

Letupan Terbaru Korban 20 Nyawa Di Syria

DAMSYIK: Dua letupan terbaru yang disasarkan kepada bangunan keselamatan di bandar Idlib di barat daya Syria menyebabkan 20 maut dengan misi damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin tertekan bagi mengakhiri keganasan yang berlarutan selama 13 bulan di negara itu.

Keganasan itu tercetus sehari selepas ketibaan ketua pemantau PBB, Mejar Jeneral Robert Mood bagi memastikan gecatan senjata di negara itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, kebanyakan yang maut di Idlib membabitkan ahli keluarga anggota keselamatan.

“Letupan bom mensasarkan dua ibu pejabat pasukan keselamatan, sebuah rumah perisikan tentera udara dan satu lagi kediaman perisikan tentera darat," kata ketua badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel.

Agensi berita SANA berkata, kumpulan 'pengganas' bertanggungjawab atas serangan berkenaan yang membabitkan pengebom berani mati.

Stesen televisyen Syria melaporkan, jumlah kematian setakat ini sembilan orang termasuk orang awam, manakala kira-kira 100 lagi parah dalam dua letupan berkembar di kawasan kediaman itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain