suria

Suu Kyi Angkat Sumpah Dalam Tempoh Terdekat

YANGON: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi Pada Isnin berkata beliau akan mengangkat sumpah di Parlimen dalam tempoh terdekat selepas berlaku perbalahan politik yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam penampilan kali pertamanya pada bidang perundangan.

Beliau yang juga pemenang Nobel memberi jaminan akan melindungi pasukan tentera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,serta beliau akan cuba menghentikan ketegangan yang berlakuc antara tentera dengan kerajaan sebagai langkah awal yang akan dilaksanakan sejak memenangi pilihan raya kecil 1 April lalu.

"Kami akan hadir ke Parlimen secepat mungkin. Sesetengah orang mungkin bertanya, kenapa kami menerima tawaran tersebut kerana pada awalnya kami menolaknya. Hakikatnya, kami menerima tawaran tersebut atas keinginan orang ramai.

"Pengundi telah mengundi kami untuk melihat wakil mereka di Parlimen," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Demokrasi Liga Kebangsaan di sini, Isnin.

Artikel Lain