suria

Pertempuran Di Kaherah: 1 Maut, 119 Cedera

KAHERAH: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 119 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan Salafist dan penduduk kawasan kejiranan Kaherah, demikian menurut Kementerian Kesihatan Mesir pada Isnin.

Perpuluh penyokong Hazem Abu Ismail berarak malam semalam menuju ke daerah Abbassiya bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihanraya yang menghalang calon daripada kumpulan Islam popular itu daripada bertanding dalam pilihan raya presiden, bulan depan. Penunjuk perasaan diserang penduduk Abbassiya yang marah terhadap mereka, menurut agensi berita MENA.

Pertempuran berlangsung sehingga subuh, dengan kedua-dua belah pihak membaling batu dan bom petrol, kata seorang anggota pasukan keselamatan. - AFP

Artikel Lain