suria

Tujuh Maut Dalam Nahas Bas Ke Tokyo Disneyland

TOKYO: Sebuah bas yang membawa berpuluh-puluh pelawat yang sedang bercuti terlibat dalam kemalangan dalam perjalanannya ke Tokyo Disneyland, mengorbankan tujuh penumpang.

Polis berkata, 38 penumpang lagi dan pemandu berusia 43 tahun cedera, 13 daripadanya cedera parah dalam satu kemalangan pada pagi Ahad di lebuhraya di Gunma, utara Tokyo.

Bas tersebut merempuh benteng tepi jalan sehingga terperosok ke bahagian tengahnya.

Polis sedang menyiasat punca nahas.

Enam yang maut adalah wanita yang berumur lingkungan 20an dan seorang lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun.

Polis sukar untuk mengenal pasti mayat. - AP

Artikel Lain