suria

Lima Terbunuh, Pesawat Terhempas Di Switzerland

GENEVA: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat terhempas berhampiran sebuah kampung di barat Switzerland, kata polis.

Jurucakap polis daerah Fribourg, Donatella Del Vecchio berkata, tiada yang terselamat dalam nahas pesawat yang menggunakan satu enjin itu.

Lima mayat dijumpai di lokasi kejadian, dan pihak berkuasa sedang menyiasat untuk mengesan sekiranya terdapat seorang lagi penumpang dalam pesawat mati dalam nahas itu.

Beliau berkata, penduduk Tatroz melihat pesawat berkenaan pusing dua kali di ruang udara bandar itu sebelum terhempas di kawasan berhampiran.

Tiada penduduk yang cedera.

Pesawat tersebut dalam penerbangannya dari lapangan terbang dekat bandar Lausanne di Tasik Geneva ke daerah Fribourg.

Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan identiti penumpang pesawat yang terhempas. – AP

Artikel Lain