suria

Bomba Selamatkan Wanita Tersepit Di ATM

SYDNEY: Anggota bomba Australia menjalankan salah satu tugas menyelamat yang luar biasa apabila mengeluarkan seorang wanita tua dengan jari-jemarinya tersepit di ATM di sebuah bank.

Khidmat bomba itu membuat panggilan ke hospital di Sydney selepas pengawal keselamatan menjumpai seorang wanita yang tertekan apabila jarinya tersepit di slot yang tidak mengeluarkan wang tunai, lapor radio ABC.

“Saya melakukan kerja ini selama 37 tahun tetapi tidak pernah mengalami situasi seumpama ini,” kata seorang anggota bomba, Steve Webb.

“Seramai enam pegawal keselamatan dan empat pegawai bomba di tempat kejadian dan kami tidak faham kenapa perkara itu boleh berlaku.

“Selepas kami membuka panel hadapan dari seluruh mesin, ia sudah cukup baginya untuk mengeluarkannya daripada tersepit,” katanya.

Beliau menambah, wanita tersebut diperiksa oleh doktor di hospital. - AFP

Artikel Lain