suria

Wartawan Brazil Maut Ditembak

SAO PAULO: Seorang wartawan tempatan ditembak mati malam Selasa ketika sedang menikmati makan malam.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa berkata, motif pembunuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan kerjayanya.

Decio Sa, wartawan politik untuk akhbar O Estado do Maranhao di timur laut Brazil, adalah wartawan keempat yang dibunuh tahun ini di negara Amerika Selatan.

Insiden itu sekaligus mengundang cemas di kalangan pemberita untuk menjalankan tugas mereka.

"Sudah pasti beliau dibunuh kerana tugasnya sebagai seorang wartawan," kata pengarang hal ehwal negeri akhbar, Silvia Moscoso.

Artikel Berikut

Artikel Lain