suria

Sudan Terus Bedil Negara Jiran

BENTIU: Pesawat pejuang Khartoum mengebom kawasan sempadan pada Rabu menyebabkan pemimpin Sudan Selatan, Salva Kiir, menuduh Sudan sengaja mengisytiharkan perang, biarpun Amerika Syarikat mengutuk serangan secara provokatif.

Serangan yang dilancarkan tanpa alasan kukuh itu mencederakan beberapa orang awam di kawasan perkampungan di wilayah sempadan Sudan Selatan yang kaya dengan hasil minyak.

Salva Kiir berkata, negara jiran di Khartoum mengisytiharkan perang ke atas Republik Sudan Selatan.

Minggu lalu, Presiden Sudan, Omar al-Bashir mengancam untuk menghancurkan “senjata” Sudan Selatan.

Beliau berkata, tempoh untuk mengadakan perbincangan sudahpun berakhir.

Artikel Berikut

Artikel Lain