Romney Calon Parti Republikan Pada Pilihan Raya Presiden November Ini - Dunia | mStar

Romney Calon Parti Republikan Pada Pilihan Raya Presiden November Ini

WASHINGTON: Mitt Romney akhirnya memenangi pengundian menentukan calon pilihan raya Parti Republikan selepas meraih undian tertinggi di lima negeri utama pada Rabu.

Ekoran kemenangan itu, beliau menggesa pengundi supaya membantunya menewaskan Presiden Barack Obama pada pilihan raya yang dijadualkan berlangsung November ini.

Dengan kemenangan di Connecticut, New York, Pennsylvania dan Rhode Island, Romney memulakan kempen menjelang pilihan raya presiden dalam usaha untuk mengambil alih White House.

"Malam ini bermulalah kempen baru dalam menamatkan zaman pemerintahan Obama. Ia merupakan lembaran baru kepada rakyat di negara ini," katanya.

Beliau menewaskan bekas speaker Dewan, Newt Gingrich dan ahli kongres, Ron Paul.

Romney akan dinamakan sebagai calon Parti Republikan secara rasmi pada konvensyen parti itu Ogos nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sudan Isytihar Perang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain