suria

Penerbangan Ke Delhi Akan Jadi Lebih Mahal Bermula 15 Mei Ini

NEW DELHI: Penerbangan ke Delhi akan menjadi lebih mahal bermula dari 15 Mei apabila Pihak Berkuasa Kawal Selia Ekonomi Lapangan Terbang India meluluskan kenaikan 345 peratus fi penumpang di lapangan terbang Delhi, demikian lapor media India.

Kenaikan itu merupakan peningkatan antara INR 250 (RM14.30) hingga INR 600 (RM34.35) bagi penumpang domestik manakala penumpang antarabangsa perlu membayar tambahan antara INR 570 (RM34.64) hingga INR 1,400 (RM80.16), lapor NDTV.

Ketika ini, penumpang domestik membayar sekitar INR 200 (RM11.45) sebagai fi pembangunan pengguna (UDF), manakala penumpang antarabangsa membayar sehingga INR 1,200 (RM68.70).

Delhi International Airport (P) Ltd (DIAL) merupakan konsortium usaha sama GMR Group, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India, Fraport dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Lapangan terbang itu, yang diuruskan oleh GMR Group, cuba mendapatkan kenaikan 774 peratus dalam fi pembangunan pengguna dengan memberi alasan peningkatan kerugian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain