suria

Pekerja Singapura Paling Bermotivasi Di Asia

SINGAPURA: AchieveGlobal, satu daripada penyedia latihan kemahiran insaniah korporat terbesar dunia, pada Selasa mengumumkan hasil daripada kaji selidik menyeluruh baharu Asia untuk mengukur sejauh mana pekerja bermotivasi dalam pekerjaan mereka, dan sekerap mana pengurus dan penyelia terlibat dengan mereka dalam usaha memberi dorongan.

Kaji selidik itu juga menilai tahap motivasi pekerja di Singapura menerusi keratan rentas kaji selidik yang dijalankan ke atas 177 pekerja yang bekerja di sini.

Menurut kaji selidik itu, 59 peratus kakitangan di Singapura menganggap diri mereka sebagai "amat" atau "sangat" bermotivasi semasa bekerja, yang mana lebih tinggi berbanding purata serantau pada 55 peratus.

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau penyelia di tempat kerja merupakan faktor penting dalam memberi motivasi kepada pekerja di Singapura.

Mengulas mengenai kaji selidik itu, Andrew Calvert, pengarah serantau dan arkitek penyelesaian di AchieveGlobal Singapore berkata: "Kaji selidik itu sekali lagi mengesahkan hakikat bahawa motivasi pekerja merupakan sebahagian besarnya hakiki.

Beliau berkata penting bagi organisasi untuk sentiasa memenuhi tiga keperluan psikologi iaitu kecekapan, keberkaitan dan autonomi pekerja mereka, yang pada asasnya berbeza daripada keperluan untuk mendapat ganjaran atau mengelak hukuman.

Kaji selidik AchieveGlobal itu dijalankan dalam masa tiga bulan dari Oktober hingga Disember 2011, dengan lebih 1,000 individu di 10 lokasi termasuk Australia, India, China, Singapura dan Taiwan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain