suria

Nenek Bertarung Nyawa Gagalkan Cubaan Rompak

MACON, Georgia: Seorang nenek sanggup bertarung nyawa untuk menggagalkan cubaan merompak oleh dua lelaki bersenjata di sini, Selasa.

Dalam insiden itu, seorang lelaki dipercayai cedera.

Polis memberitahu The Telegraph bahawa Lulu Campbell baru saja menghantar cucunya ke rumah anak perempuannya ketika seseorang lelaki mengetuk tingkap kereta untuk meminta wang.

Lelaki tersebut mengancam untuk melepaskan tembakan terhadapnya.

Campbell bagaimanapun berkata, tembakan yang dilepaskan oleh lelaki itu tersasar.

Wanita berusia 57 tahun itu membalas tembakan yang mengenai dada lelaki terbabit.

Namun, seorang lagi lelaki berjaya melepaskan diri susulan insiden berbalas tembakan itu.

Campbell yang juga pemilik kedai runcit dan stesen minyak sentiasa membawa senjata ke mana saja sebagai langkah keselamatan.

Polis berkata, suspek berusia 32 tahun, Brenton Lance Spencer dikejarkan ke hospital dan didakwa atas kesalahan melakukan serangan dan cubaan merompak.

Artikel Lain