suria

127 Mati Dalam Nahas Pesawat Terhempas Di Pakistan

ISLAMABAD: Semua 127 orang mati dalam nahas pesawat Boeing 737 yang terhempas berhampiran Islamabad ketika cuaca buruk, kata pegawai penerbangan awam dan hospital pada Sabtu.

Penerbangan Bhoja Air dari Karachi terhempas di sebuah padang berhampiran dengan kawasan perumahan di pinggir ibu negara Pakistan pada malam Jumaat, yang dikatakan cuba untuk mendarat di lapangan terbangan antarabangsa di bandar ini.

Doktor Waseem Khawaja, yang menyelia di hospital besar Islamabad, Institut Sains Perubatan Pakistan berkata, semua mayat dibawa ke hospital menggunakan lebih 100 beg.

"Tiada yang terselamat. Semua yang berada dalam pesawat itu mati," kata Khawaja kepada AFP. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain