suria

Punca Kematian Ratusan Ikan Lumba-Lumba Masih Misteri – Pakar

LIMA, (Peru): Seorang pegawai Peru berkata, pihak berkuasa sedang berusaha untuk membongkar misteri puca kematian ratusan ikan lumba-lumba yang terdampar di tepi pantai negara itu sejak lebih dua setengah tahun lalu.

Timbalan Menteri Alam Sekitar, Gabriel Quijandria berkata, kajian masih tidak lengkap tetapi para pegawai berharap untuk menyiapkan penyelidikan mereka mengenai kemungkinan punca kematian pada minggu depan.

Beliau yang memberitahu dalam satu temuramah dengan The Associated Press pada Jumaat berkata, bangkai 877 ikan lumba-lumba itu ditemui antara Februari dan pertengahan April di pantai utara Peru.

Beliau berkata, 90 peratus daripada merupakan ikan lumba-lumba yang mempunyai paruh yang panjang, manakala lain adalah ikan jenis Burmeister.

Quijandria berkata, para pegawai mengesyaki faktor kematian disebabkan oleh virus. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain