Gempa Kuat Landa Sumatera Utara - Dunia | mStar

Gempa Kuat Landa Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.14 pagi Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu melaporkan pusat gempa itu terletak di 296km barat daya Simeulue, Indonesia, dan 790km di barat daya Kampar, Perak.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Langkawi, Perlis dan Selangor ekoran kejadian gempa tersebut.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Jurucakap bomba negeri terbabit ketika dihubungi pula berkata, mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada penduduk.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 9.33 pagi, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi kuat dengan kekuatan 7.0 pada skala Richter melanda rantau Irian Jaya, Indonesia pada pukul 9.16 pagi.

Pusat gempa itu terletak di 377km tenggara Sorong, Indonesia, dan 1,903km di tenggara Semporna, Sabah.

Namun tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain