suria

Presiden Gabon Gesa Media Islam Sebar Nilai-Nilai Islam Sejati

LIBREVILLE (Gabon): Presiden Republik Gabon, Ali Bongo Ondimba menggesa media di dunia Islam supaya menjadi barisan depan bagi menggalakkan dan menyebarkan nilai-nilai Islam sejati agar mengubah perselisihan serius terhadap agama itu yang mendorong kepada prejudis Islamophobia.

Katanya peningkatkan Islamophobia telah mencetuskan suara kebangkitan di dunia Islam termasuk pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdelaziz, meminta sebuah dialog mengenai agama dan kebudayaan diadakan.

Katanya penduduk Islam perlu menolak Islamophobia dan berjuang dalam apa cara juga secara sah seperti mengutuk keganasan serta menolak sekeras-kerasnya serangan terhadap nilai-nilai Islam. "Di sini adalah cabaran kita semua untuk membangunkan strategi komunikasi dan maklumat secara menyeluruh bagi menentang keganasan, fahaman pelampau, fundamentalisme...dengan Islam sejati tidak kena mengenai dengan semua kejahatan itu. "Oleh sebab itu, kita harus mengutuk dan menolak dengan segala kekuatan yang ada terma seperti 'terrorisme Islam," katanya dalam ucapan pada sesi kesembilan Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam (ICIM) di Bandaraya Demokrasi di sini, Jumaat.

Dalam ucapanya, beliau menyentuh mengenai pemodenan Islam yang mana bukan sahaja membicarakan tentang penduduk Islam tetapi semua komponen dalam kekayaan kepelbagaian yang mencerminkan realiti penerimaan Islam.

Justeru itu, katanya, penerimaan Gabon, sebuah negara dengan minoriti penduduk Islam, ke dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), merupakan contoh unggul kepada niat murni itu.

Pada persidangan itu hari ini, sebuah dokumentari video singkat ditayangkan kepada peserta yang menggambarkan ketibaan Islam di Gabon semasa pemerintahan Presiden Allahyarham Omar Bongo yang membuka jalan bagi negara itu menyertai OIC dan memainkan peranan lebih agresif dalam memperjuangkan Islam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain