suria

Pemain Flut 'Men at Work' Ditemui Mati

Greg Ham. Foto heraldsun.com.au
Greg Ham. Foto heraldsun.com.au
Greg Ham. Foto heraldsun.com.au

MELBOURNE: Greg Ham, pemain flut kumpulan popular Men at Work dari Australia yang terkenal dengan lagu hit "Down Under", telah ditemui mati pada Khamis.

Flut yang dimainkan oleh Greg dalam lagu tersebut mendapat perhatian dunia dan juga peminat muzik.

Pemuzik berusia 58 tahun itu ditemui meninggal dunia di kediamannya di sini oleh dua orang kawannya yang risau setelah tidak mendengar khabar berita daripadanya sejak seminggu yang lalu.

Menurut akhbar the Melbourne Age pihak polis masih lagi menyiasat punca kematiannya dan enggan memberi sebarang komen bagi mengelakkan kontroversi.

"Oleh kerana kami masih lagi di peringkat awal siasatan maka kami tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung kematian beliau," kata Detektif Sarjan Kanan Shane O'Connell.

Kumpulan Men at Work mencapai populariti antarabangsa pada tahun 1980-an menerusi lagi "Down Under", yang merupakan salah satu lagu hit dalam album berjudul "Business As Usual".

Album dan lagu tersebut menduduki kedudukan nombor satu carta muzik Australia, Amerika dan juga Britain.

Kemudian pada tahun 1983 kumpulan itu telah menerima Anugerah Grammy untuk kategori Artis Baru Terbaik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain